Sunday, December 12, 2010

*ABANG* PART 1

'TRETTTTT treeetttt.... treetttt..." Abang membuka sedikit matanya melihat jam yang begetar2 di tepi telinganya... "ah sudah pukul 6 la, ala tido la lagi 30 min ", bisik hati kecilnya.

"Dummm..... Dummmmm ...Dummmmm " " Abang...dah pukul brapa dah ni ha , nk pegi daftar Pra- U ke tidak ni "? Abang tersentap .." Yelah makkk..... Abang da bangun la ni "...

Sambil bermandi manda abang masih berfikir dan tertanya - tanya... " apakebenda la Pra - U ni... adoi masuk dafta jela .... betul jugak kata abah kalau tak dapat mana2 tawaran pon Pra - U ni boleh la menjadi batu loncatan "

setelah siap Abang menuju ke dapur untuk menikmati makanan kegemaran yang slalu dimasak emaknyanya ... " mak sedap betul la nasi goreng ikan ni... " " haa ni puji mesti ada makna ni" mak membalas "

Abang hanya tersenyum lantas bersalaman untuk ke sekolah untuk menjadi pelajar Pra - U dengan harapan yang masih kabur.....

************************************************************************************


Abang menghidupkan enjin motosikal Kriss miliknya yang masih baru dan berkilat... " ermm nk g ambik Aslam dulu la... semalam da janji dengan dia "  Abang memecut laju meninggalkan rumahnya.

" Lammm... ooo.. Lammmm cepat la sikit kita da lambat ni "  Abang memanggil kawan baiknya... yang terkenal dengan sifat lambatnya.....

Apabila tiba di perkarangan sekolah mereka berdua melihat ramai manusia yang berbaju putih berseluar hitam sedang berbaris untuk mendaftar pada hari tersebut.

" Lam .. nasib kita mmg kat sekolah ni ke ? dari form 3 sampai la Pra - U ni... " Abang merungut... "ala sabar la .. mungkin rezeki kita belum sampai lagi..  yang mana ada tu kita sebat jela.. " Aslam menenangkan "

Selepas selesai mendaftar mereka beriringan berdua ke kelas Pra -u T1..... " amende plak ni Lam ada T1 ni "
" ntah la... xpe jap g kan ada taklimat... ko jangan la serabutkan keadaan " Aslam sedikit membebel...

Sesi taklimat dikendalikan oleh Cikgu Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Cikgu Undertaker WWF berdasarkan perwatakkan dan raut wajah beliau. " huh mmg ganas la muka cikgu ni tapi dalam hati ada taman ni " kata Aslam yang asyik menggosok hidungnya yang tidak gatal.

"  Ye para pelajar sekalian.. anda sepatutnya berasa bertuah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan pengajian di peringkat ini.. kamu perlu berbangga dengan diri sendiri kerana kamu telah berjaya mencapai kecemerlangan dalam akademik lantas kamu dipilih untuk terus menyambung pengajian di Pra -  U ni.." cikgu Undertaker bermadah untuk pelajar - pelajar baru Pra - U .

Hari pertama sudah berlalu.. Senior - senior Pra - U memberitahu bahawa seminggu pertama ini adalah minggu pengurusan pelajar baru atau dikenali minggu orentasi .. Abang dan Aslam masih terfikir - fikir dan tercari - cari hala tuju minggu orentasi ini diadakan.

" Abang , petang ni apa program ? nak g main skateboard ke tak? " pertanyaan menenangkan fikiran oleh Aslam  " ala tengok dulu la... akwan , amin , omar , daus , redo semua tak ada la... nnt aku telefon kau bagitau berita terkini ek?" Abang memberi alasan kepada Aslam yang masih menggosok hidungnya yang tidak gatal ... " yelah kalau macam tu " Aslam menyambut sambil menggosok hidungnya lagi.

Pada hari kedua mereka di alam Pra - U mereka dihujani dengan taklimat - taklimat yang berlimpah ruah mengenai sistem akademik di alam Pra - U... selesai taklimat kini tiba masa abang - abang senior mengambil alih tugas untuk sesi perkenalan dan ice braking.. " Lam ice breaking tu apakenda plak "  " ish tu pon ko tak tahu ke ? ice breaking ni aktiviti suai kenal la sambil minom air ais " Abang menggaru kepalanya.

Apabila tiba pada sesi suai kenal Abang terpandang seorang gadis misteri yang pernah Abang kenali dulu....


**************************************************************************************

" Ah kenapa pula dia pun disini, mustahil " bisik Abang sendirian... " Adik - adik sekalian kita mulakan sesi ice breaking ni secara individu ye , kakak mahu adik - adik perkenalkan diri masing - masing ye... teks bebas okey " kakak senior memberikan arahan ala - ala sotong Paul yang sedang membuat ramalan pula gayanya, sambil tangannya melibas kesana kesini.

Abang berdoa di dalam hati supaya percakapannya lancar dan tidak gugup ketika memperkenalkan diri. Inilah kali pertamanya berdiri dan berucap pada bilangan penonton yang hampir mencecah 50 orang. Tambahan pula terdapat gadis misteri yang memang sudah lama dikenali oleh Abang. "Ah persetankan semua itu"  Abang tawakkal.

Selesai memperkenalkan diri Abang menunggu giliran gadis misteri tersebut untuk memperkenalkan dirinya. Abang nampak dia kelihatan pucat. Mungkin kerana gemuruh dan gementar. Abang memberikan sepenuh perhatian terhadapnya. Sah memang dialah orangnya.

Abang mendapatkan rakan karibnya.
" Eh Lam ko perasan tak siapa gadis tu?" 
"Yang mana satu ramai ni?? " tanya Lam kehairanan.
"Ala yang tadi tu lah... ko ingat tak" ?

" owh yang muka pucat tu ke? Aah la... Aku rasa macam pernah tengok dia... "
" ok adik - adik sayang... kita sudah pon selesai menjalani Ice breaking dan akak harap kamu semua pakai name tag yang baru kamu dapat tadi ... Kita akan ke aktiviti seterusnya "
Kakak senior tiba - tiba menjerit memberikan arahan untuk ke aktiviti yang seterusnya.

Perbualan hangat Abang dan Aslam terhenti. Mereka hanya menuruti arahan kakak - kakak dan abang senior seperti lembu dicucuk hidung.


************************************************************************************
Selesai solat Isya' Abang duduk diruang tamu rumah bersama abah dan mak sambil menonton televisyen.

" ha Abang macam mana keadaan kamu di Sekolah,? seronok ,? " abah memulakan perbualan.
" setakat ni alhamdulilah , tak ada apa - apa yang merunsingkan otak lagi , tapi ramai awek - awek yang cun woo " Abang berseloroh dan sedikit ketawa.

" Habis tu takkan tak dapat seorang kot " mak menyakat. terburai gelak ketawa antara tiga beranak itu . Keheningan malam itu menjadi gamat.

Keluarga Abang memang sudah masak dengan perangainya yang suka menyakat dan sikap berselorohnya itu.

*************************************************************************************

Seperti hari - hari biasa Abang mengambil pembonceng setianya , Aslam , untuk ke sekolah
" haish lambat betul la budak ni... da cakap da awal - awal dari semalam siap la awal sikit " Abang mengomel di dalam hatinya....

" Lammmmmmmm .... oooooo..... encik Aslam......... "

"Oh Abang , masuk la rumah dulu kita breakfast, Aslam tengah pakai baju tu " Makcik Senah ibu kepada Aslam menyahut panggilan Abang..

" Eh takpelah makcik .. dah lewat da ni .. petang ni saya datang makan ye.. " Abang dengan sikap berselorohnya.

" kamu ni Abang... kalau tak datang petang ni siap kamu " Kata Makcik Senah tersenyum.

Aslam sudah berada di posisinya lantas Abang memecut laju ke sekolah.


Hari ini tiada apa - apa yang menarik buat Abang dan Aslam selain mereka terpaksa menyanyikan lagu sekolah dengan memegang stokin masing - masing .. Mereka masih lagi terikat dengan minggu pengurusan pelajar baru yang diuruskan oleh abang dan kakak senior.

Tiba waktu rehat Abang dan Aslam memilih untuk berada di bawah pokok sambil menikmati minuman dalam tin. Ketika sedang berborak - borak Abang terpandang gadis misteri yang kebetulan lalu di hadapannya. Abang terkaku .

memori ingatannya berputar ligat di alam sekolah menengah. Ya disebabkan gadis ini lah aku terpaksa berulang alik ke bilik kaunseling dulu.


" Woi Abang tengok awek tak berkedip mata "
Aslam memotong memori khayalan Abang.

" Ah mana ada...eh Lam ko kenal kan gadis yang lalu depan kita tadikan?"
" aah la... itu ex - girlfriend kau kan..? kau nak tackle dia semula ke?

" Memandai jela kau ni.... xdela dulu dia pernah bagitau aku yang dia memang tak nak sambung belajar lagi.. tapi aku terkejut tengok dia ada kat sini... "

" habis tu what's the problem man?"

" Aku berpisah dengan dia pun sebab perkara ni la... puas aku nasihat supaya dia meneruskan perjuangan untuk sambung belajar tak kira dalam apa jua bidang dan kelulusan... tapi sekarang aku nampak suatu perubahan yang ketara padanya" Abang berceloteh panjang.

" owh sekarang aku da faham.. kau nak ambik dia semula ye.." Aslam tersenyum - senyum seperti katak kekenyangan.

" Ah mengarut betul kau ni.. kau pun mesti ingatkan aku pernah berulang alik ke bilik kaunseling masa zaman sekolah dulu?"

" Aah la... kenapa ye, aku da lupa la kes tu"

Truuutttttt...... truuuuuttttttt...truuuttttttt......

Abang memeriksa telefon bimbitnya yang baru sahaja dibeli dengan hasil titik peluh sendiri melalui bekerja sambilan di restoran makanan laut. Abang membuka peti mesej

"From Redha"
"woi korang kat mane ? cikgu cantik da masuk kelas ... sila pantaskan pergerakan anda"


" Lam.. jom kita harus bergerak sekarang " perbualan antara Abang dan Aslam terhenti tanpa noktah.


************************************************************


" Pada hari Jumaat ni selepas Solat Jumaat saya nak kamu semua berkumpul di hadapan blok pentadbiran sekolah jam 3 petang... " Cikgu Rosmaria memberitahu kelas tentang Perkhemahan Semangat Jati Diri Peringkat sekolah. Abang sudah peka dan arif tentang perkhemahan-perkhemahan seperti ini kerana sebelum ini Abang telah banyak menghadiri perkhemahan seumpamanya.

" Lam aku rasa macam xde mood la nk ikut aktiviti ni... rasa lain macam laa... dah la tido dalam asrama sekolah.. kau tau jela sekolah kita ni."

"Haish kau ni ke situ pulak... xde pape yang perlu dirisaukan la.. haaa aku tahu.. kau kan x boleh berpisah dengan mak kau... hahaha " Aslam mengusik. Abang berpura-pura tidak mendengar percakapan Aslam.

 ********************************************************************************

Setelah motosikalnya dibalut , dengan  beg sekolahnya di dahi abang masuk ke rumah melalui pintu belakang rumah.
"Ha Abang tadi ada pakcik posmen datang hanta surat ni" Mak muncul secara tiba-tiba dari dapur menghulurkan surat yang berlogokan Jata Negara.
"Huiks mak ni..... terkejut den.... nasib anak mak ni sihat walafiat kalau ada lemah jantung ni mau ke hospital"
"Amboi-amboi dah pandai berleter ye... dah bukak surat tu"


"Panggilan Temuduga Ke Maktab Perguruan"
"Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/i dikehendaki hadir untuk ditemuduga di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah.


" Mak baca ni.... Abang dapat temuduga dari maktab perguruan ni...."
"Hah baguslah camtu... mak selalu mendoakan yang terbaik untuk Abang"
"Tapi mak......."
"Apa tapi-tapi lagi?, tak payah la nak fikir-fikir lagi... mak rasa ini yang sesuai dengan Abang"
"Bukan tu maksud Abang, ni tarikh temuduga dengan tarikh perkhemahan di sekolah sama la pulak"
Abang mencari alasan untuk mengelak. Mak Jah sudah masak dengan perangai anaknya yang banyak dalihnya.
"Abang, dengar sini yang berkaitan dengan sekolah tu kamu tulis je surat nanti ayah kamu tolong cakapkan dekat cikgu Rosmaria tu"
"Iyelah Mak ku sayang" kata Abang bersahaja. Mak Jah tersenyum hambar melihat gelagat anaknya.
Ibu mana yang tidak mengenali anaknya.

********************************************************************************